picture

 

Organization Anti-Corruption Plan (OACP-JPPS) 2021-2025


Penghasilan Pelan Anti Rasuah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak (OACP-JPPS) merupakan satu usaha JPPS menuju ke arah mencapai status negeri maju berintegriti pada 2030.

Di peringkat nasional, National Anti Corruption Plan (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 dan salah satu inisiatifnya ialah mewajibkan semua agensi kerajaan membangunkan pelan OACP masing-masing. Selaras dengan itu, maka JPPS juga telah menghasilkan dokumen OACP-JPPS yang akan menjadi panduan kepada warga kerja JPPS dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Malaysia amnya dan Kerajaan Negeri Sarawak khasnya.

Pelan Anti Rasuah JPPS ini akan menjadi panduan terbaik untuk pemegang taruh, pengurusan atasan, dan semua pegawai untuk meningkatkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Justeru itu, komitmen yang tinggi dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam mencapai misi dan merealisasikan visi OACP-JPPS iaitu mewujudkan pentadbiran awam negeri yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah.




















(Click here for full PDF version)