EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

online visitor Pelawat Di Talian 10
total visitor Jumlah Pelawat 1,933,571
Kemaskini Pada: 16 Okt 2019
Versi 8.2.2
Sistem Pengurusan Air Sisa Secara Bersepadu di Bandaraya KuchingSistem Pengurusan Air Sisa Secara Bersepadu di Bandaraya Kuching

PROJEK-PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Tajuk Projek

Sistem Pengurusan Air Sisa Secara Bersepadu di Bandaraya Kuching (Pakej 1)

Latar Belakang Projek

Projek ini meliputi kawasan selatan Sungai Sarawak; iaitu kawasan yang telah dibangunkan sepenuhnya dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Kerja-kerja pembinaan di bawah Pakej 1 dikategorikan kepada tiga komponen utama iaitu:

I. Loji Rawatan Air Sisa
II. Rangkaian Paip Pembetung
III. Penyambungan ke Premis/Kediaman/Harta Awam

I. Loji Rawatan Air Sisa

Loji rawatan air sisa ini direkabentuk untuk menampung 100,000 PE (Population Equivalent). Ianya terletak di atas tapak berkeluasan 10.9 ekar bersebelahan dengan Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahduddin. Tapak tersebut mempunyai keluasan yang mencukupi untuk penambahan sehingga 4 modul pada masa hadapan dengan mencapai kapasiti maksima sebanyak 400,000 PE.

II. Rangkaian Paip Pembetung

Rangkaian paip pembetung ini direkabentuk berasaskan sistem aliran graviti. Ianya merangkumi pembetung utama, pembetung sekunder dan paip agihan. Saiz pembetung utama dan pembetung sekunder adalah di antara 450 mm sehingga 1500 mm diameter. Paip-paip ini terdiri daripada jenis paip konkrit bertetulang atau paip HDPE. Pembetung utama dan pembetung sekunder biasanya akan dipasang dengan kaedah pengorekkan menggunakan Tunnel Boring Machine sama ada melalui kaedah sluri (slurry) atau kaedah penggerudian (augering). Paip agihan biasanya antara 225 mm sehingga 450 mm diameter. Ianya dipasang menggunakan kaedah penggalian terbuka (open cut) dan hanya sebahagian kecil yang akan menggunakan kaedah pengorekan.

Panjang keseluruhan paip pembetung di bawah Pakej 1 adalah dianggarkan 64.5 km yang terdiri daripada:

a. Pembetung utama
:  7.7 km
b. Pembetung sekunder
:  5.4 km
c. Paip agihan
:  51.4 km

III. Penyambungan ke Premis/Kediaman/Harta Awam

Penyambungan ini melibatkan kerja-kerja mengumpul dan mengubahsuai aliran air sisa (greywater dan blackwater) ke rangkaian pembetung awam. Air sisa dari premis (kawasan perumahan, kedai-kedai, institusi-institusi atau kompleks-kompleks) akan dikumpul dan disalurkan menggunakan pembetung dari kawasan tersebut ke kebuk pemeriksaan yang diletakkan berdekatan dengan sempadan premis. Dari kebuk pemeriksaan, ia kemudiannya disambungkan ke paip pembetung awam yang berdekatan. Sistem pengepaman akan digunapakai bagi premis yang mempunyai ruang yang terhad atau disebabkan halangan cerun. Dalam kes ini, pam-pam elektrik akan dipasang di dalam tangki septik sedia ada atau loji-loji pakej dan diubahsuai mengikut kesesuaian. Setelah penyambungan siap, tangki-tangki septik atau loji-loji pakej yang sedia ada akan dinyahjangkitkan dan ditamatkan penggunaanya.

Jumlah hartanah yang akan disambung di bawah Pakej 1 adalah sebanyak 2,833 unit.

KAEDAH PEMBINAAN PAIP PEMBETUNG(Lihat selanjutnya)

Inlet Pumping Stations

Activated Sludge Reactor
Secondary Clarifier
Inlet Pumping
Station

Headworks
Activated Sludge
Reactor

Secondary
Clarifier


Dewatering Building
Operation Building
Aerial view of KCSTP
Constructed
Wetland
Dewatering
Building
Operation
Building
Aerial
View

Effluent Sampling Point

Coverage Area
Effluent Sampling
Point
Coverage Area Pipe Jacking
Concept





Pembinaan paip-paip pembetung

Kaedah pengorekkan sluri Kaedah penggerudian Kaedah penggalian terbuka
GALERI PROJEK

Kontrak Merekabentuk dan Membina Secara Rundingan untuk Sistem Pengurusan Air Sisa Bandaraya Kuching : Air Sisa Bersepadu untuk Bandaraya Kuching (Pakej 1) telah diberikan kepada Kontraktor Turnkey, Kumpulan-Nishimatsu-Hock Seng Lee Consortium pada 30 September 2008.

RINGKASAN PROJEK

KOS PROJEKRM530 Juta

KONTRAKTORKumpulan-Nishimatsu-Hock Seng Lee Consortium

JURUPERUNDINGJurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd dengan kerjasama CH2M Hill

TARIKH MULA PROJEK15 Oktober 2008

TARIKH JANGKA SIAP
i. Loji Rawatan Kumbahan : 14 Januari 2012 (100% Siap)
ii. Rangkaian Paip Pembetung
: 30 November 2013
iii. Penyambungan ke Premis/Kediaman/Harta Awam : 31 Januari 2015
 

KEMAJUAN PROJEK SEHINGGA 31 OKTOBER 2016
i. Loji Rawatan Air Sisa
: 100%
ii. Rangkaian Pembetungan

 
  • Pembetung Utama
: 100%
 
  • Pembetung Sekunder
: 100%
 
  • Pembetung Tertiari
: 100%
iii. Penyambungan Premis/Kediaman/Harta Awam
(Senarai Hartanah Besar)
(Senarai Hartanah Kecil)
: 100%
iv. Kemajuan Keseluruhan
: 100%